Monday 27 June 2011

Hay Grass

Alfafa Hay 
Alfalfa hay sesuai diberikan kepada arnab berusia 6 bulan ke bawah. Berbatang (straw) di mana ianya bagus untuk mengelakkan gigi arnab tumbuh memanjang. Daun yang lembut dan berbau harum. Berwarna kehijauan dan sedikit kekuningan. Berfungsi membentuk tulang yang baik kerana mengandungi tinggi kalsium dan mengalakkan penghasilan susu bagi ibu arnab yang sedang menyusukan anak. 

Crude Protein (min) 16.0% 
Crude Fat (min) 1.5%
Crude Fiber (max) 32.0%
Moisture (max) 15.0%

Timothy hay sesuai untuk arnab berusia 6 bulan ke atas. Timothy hay kurang lemak & kurang kalsium. Fungsinya hampir sama dengan alfalfa iaitu amat bagus untuk proses mengunyah bagi arnab anda. . 
Guaranteed Analysis:
Crude Protein (Min.) 6.0%,
Crude Fat (Min.) 2.0%,
Crude Fiber (Max.) 32.0%,
Moisture (Max.) 12.0%,
Calcium (Min.) 0.25%,
Calcium (Max.) 0.75%
Orchard Grass
Orchard Grass, hampir sama seperti Timothy Hay tetapi ‘cattails’ hanya sedikit atau tiada setiap 1/32 inci. Cattails biasanya berwarna coklat pucat, berbanding Timothy cattails berwarna hijau atau kuning. Orchard Grass tinggi fiber dan rendah protein 7.6% dan kalsim 0.24%. Orchard grass amat lembut dan berbau harum. Ia amat sesuai untuk arnab usia 6 bulan ke bawah, dan bagi arnab yang tidak menyukai timothy.
Crude Protein min 7.00%
Crude Fat min 1.50%
Crude Fiber max 32.00%
Moisture max 15.00%
Calcium min 0.25%
Calcium max 0.75%

Bermuda grass mempunyai batang yang fleksibel, helaian yang nipis, berwarna hijau muda atau hijau kekelabuan. Ia mempunyai kandungan tinggi fiber. Kebanyakan arnab menyukai Bermuda grass sebagai sumber makanan yang mempunyai kandungan kalori yang sederhana. Biasanya Bermuda grass tidak akan berterabur di dalam sangkar berbanding Oat Hay. Bermuda grass tidak mempunyai bunga dan ‘cattails’Crude Protein (min)….. 6.0%
Crude Fat (min)……….. 1.0%
Crude Fiber (max)…… 32.0%
Moisture (max)………. 12.0%
Calcium (min)………… 0.25%
Calcium (max)……….. 0.75%

Oat Hay
Sesuai untuk arnab berusia 6 bulan ke atas. Tinggi kandungan fiber, rendah protein iaitu 8.6% protein, .29% calcium) dan lebih manis. Amat sesuai bagi arnab yang terlalu memilih jenis hay. 


Crude Protein min 7.00%
Crude Fat min 1.50%
Crude Fiber max 32.00%
Moisture max 15.00%

Wednesday 22 June 2011

Rabbits chart

Principal Color(s) Avg. lbs. Traits   
Name
American Rabbit Blue & White 10 Commercial 
Giant Angora White 10 Wool that is matt free with 3 wools 
English Angora White & Colored 6 Wool
French Angora White & Colored 8+ Wool
Belgian Hare Rufus Red 8 Show 
Beveren White, Blue, Black 10 Commercial 
Britannia Petite White 2.25 Show 
Californian White 9 Commercial 
Champagne d'Argent Bluish-white tipped w/black 10 Commercial/Fur 
Checkered Giant Black & Blue 9+ Commercial/ Exhibition 
American Chinchilla Like Chinchilla 10 Commercial 
Giant Chinchilla Like Chinchilla 14 Commercial 
Standard Chinchilla Like Chinchilla 6.5 Commercial/ Fur 
Cinnamon Cinnamon with smoke-gray ticking, Fur blending to smoke-grey midway on side 9.5 Commercial/ Fur
Creme d’Argent Creamy white with orange cast 9 Commercial/ Fur 
Dutch Black, Blue, Show Chocolate, Gray, Steel, Tortoise 4.5 Show 
Dwarf Hotot White with black eye-ring  2.5 Show
English Spot Black, Blue, Chocolate, Gold Gray, Lilac, Tortoise 6 Show 
Flemish Giant Black, Blue, Fawn, Light Gray, Sandy, Steel Gray, White  12+ Commercial/Show
Florida White White 5 Lab/Show 
Harlequin (Magpie & Japanese) Alternating 8 Commercial/ Fur/Show 
Havana Black, Blue, Chocolate 5.5 Fur/Show 
Himalayan Black, Blue 3.5 Show 
Hotot White w/ Black eye-ring 9  Commercial/Show 
Jersey Wooley White/Colored 3 Exhibition 
Lilac Lilac 6-Jul Fur/Show 
English Lop Solid, Broken 10 Show 
French Lop Solid, Broken 11 Commercial/Show 
Mini Lop Solid, Broken 6 Show 
Fuzzy Lop Broken, Solid 3.5 Show 
Holland Lop Solid, Broken 3 x
Netherland Dwarf Self, Shaded, Agouti, Tan Pattern  2.5 Show
New Zealand Black, Red, White 10 Commercial 
Palomino Golden, Lynx 10 Commercial 
Polish Black, Chocolate Blue Eyed White, Ruby Eyed White 2.5 Show  
Rex Has velvet-smooth coat in many colors 8 Commercial/Fur 
Mini-Rex Has velvet-smooth coat in many colors 4 Fur/Show 
Rhinelander Three colored 8 Show/ Commercial 
Sable Sepia brown shading to chestnut brown on stomach  8 Show/Commercial 
Satin Nine colors with high sheen 9 1/2 Commercial/Fur 
Satin Angora High sheen wool 8 1/2 Wool 
Silver Fox Black & Blue 10 Commercial/Fur 
Silver Marten Black, Chocolate, Blue, Sable 8 Show/Commercial 
Tan Black, Blue, Chocolate, Lilac 4-May Show

Monday 13 June 2011

Tips untuk menternak Arnab

Tips penjagaan untuk memerlihara salah satu haiwan berbulu cantik,Menarik dan berbagai warna iaitu Arnab, Atau dalam bahasa Inggerisnya, dipanggil RABBIT.
Bagi Peminat yang baru mula hendak memerlihara arnab, Beberapa tips yang akan dikongsikan bersama untuk memerlihara arnab. Arnab nih dia ada macam-macam jenis. Nak tahu jenis-jenis dia, kamu boleh lihat di post sini
Antara beberapa perkara yang perlu kamu tahu untuk memerlihara arnab adalah;

Makanan
Jika kita lihat di kedai pet, makanan arnab yang biasanya ada dijual adalah PELLET, Ada yang panggil Dedak arnab. Pellet nih rupa dia panjang-panjang.Pellet yang saya gunakan 'Gold Coin'. Ada juga penternak gunakan Cargill, FFM dan dll.
Selain itu ada juga makanan arnab lain, seperti timoty HAY dan beberapa jenis rumput lain yang dikatakan sangat bagus untuk diet arnab. Ada juga rumput yang tinggi protin seperti Alfafa hay yg baik untuk anak dan Ibu Bunting dan menyusu. Bagi yang mahu kurang kan bajet bolehlah menggunakan 'rumput Israel' sebagai diet.


Rumput Israel
Selain rumput Israel, daun kangkung, daun pucuk manis, dan daun ulam raja juga menjadi makanan sampingan untuk arnab. Ianya tidak memerlukan kos yang tinggi sebab kesemua jenis pokok dan daun yang saya beritahu tadi semuanya sudah ada tertanam disekeliling rumah saudara. Terutamanya rumput Israel. Memang banyak boleh dipetik dalam belukar dikebun-kebun dan tepi jalan. Daun pucuk keledek dan daun pucuk ubi juga boleh diberikan kepada arnab. Tetapi kamu perlu menjemurnya terlebih dahulu untuk mengeringkan getah yang ada pada daun tersebut. Ini untuk mengelakkan arnab ‘mabuk’ kerana termakan daun yang bergetah.
Perlu saya ingatkan disini, jika memberi arnab makan sayur atau daun-daun, Basuh dahulu biar bersih dan dijemur dahulu 2 hingga 3jam biar kering untuk memgurangkan kandungan air didalam daun tersebut, serta menghilangkan getah. Kerana ia boleh menyebabkan arnab kamu mengalami sakit perut.

Air yang bersih juga perlu disediakan untuk arnab (bukan air berklorin). Pastikan bekas untuk meletakkan air minum arnab sentiasa dalam keadaan bersih untuk mengelakkan arnab terkena jangkitan penyakit. Bagi yang ada bajet boleh menggunakan 'Drinker nipple rabbit'. Ini dapat menjimatkan masa dan mudah untuk menyeleggara.

Tempat Tinggal
Kamu boleh memilih sama ada mahu memerlihara arnab didalam sangkar, atau buatkan sebuah reban untuk arnab kamu. Jika kamu bercadang untuk memerliharanya sekadar untuk suka-suka (bukan untuk ternakan), kamu bolehlah membelanya didalam sangkar. Sangkar yang lebih kurang macam sangkar kucing tuh…kat kedai Pets ada jual, Tapi jika kamu bercadang untuk membuat ternakan, lebih baik kamu buatkan reban untuk arnab-arnab kamu. Dengan tempat yang luas dan besar didalam reban, arnab kamu akan lebih bebas bergerak dan tidak terasa sesak bila bilangan arnab sudah bertambah banyak. Jika kamu ingin membina reban arnab, pastikan reban itu mempunyai 2 pintu. Maksud saya, reban tu dah dibahagi 2 atau dah disekat dibahagian tengahnya. Ini untuk memudahkan kamu memisahkan arnab jantan dan arnab betina bagi mengatur kitar peranakkan bagi arnab kamu. Sebab arnab betina nih, tiba waktu dia dah boleh beranak, dia akan subur sentiasa… huhu~ Nisbah untuk menternak arnab adalah 1:5. Iaitu 1 arnab jantan nisbah 5 arnab betina.  

Kesihatan
Pastikan arnab kamu sentiasa diberi minum air yang bersih untuk mengelakkan jangkitan penyakit. Jika kamu hanya berikan arnab kamu makan pellet/dedak arnab sahaja, kamu perlu pastikan air minum arnab sentiasa ada kerana arnab akan mudah haus dan kuat minum air jika ia hanya diberi makan pellet sahaja. Jangan beri arnab kamu makan kobis bulat… erm~ nih saya pun tak pasti kenapa… mungkin akan ada masalah dengan perut kot~
Elakkan arnab kamu dari kesejukan. Pastikan kamu tidak memandikan arnab kamu kerana arnab tidak tahan dengan sejuk. Effect; kaki arnab akan jadi kaku. Jika bulunya kotor gunakan spray atau kain dilap tempat yg kotor saja.
Pastikan reban atau sangkar arnab kamu sentiasa bersih. Buang atau basuh bekas tahi seminggu sekali atau 3 hari sekali, kalu rajin hari hari...hehhe untuk mengelakkan arnab kamu diganggu hama, agas-agas, atau semut dan berbau busuk.

Kawinkan Arnab dan Tempat Beranak
Pada keadaan semulajadi (di hutan) arnab betina akan mengawan semula dalam masa 24-48 jam selepas beranak. Keadaan ini tidak digalakkan dalam penternakan arnab komersial, kerana arnab betina tidak boleh digunakan lebih lama.Ibu arnab boleh beranak paling cepat, Seelok eloknya biarlah cerai susu..macam (org dalam Pantang). Jika kamu tak larat nak jaga arnab yang beranak sebulan sekali, kamu perlu pisahkan arnab jantan dan arnab betina didalam reban. Kitarannya perlulah kita planning sendiri...;
Untuk memastikan arnab tersebut sudah mengawan ialah apabila arnab jantan memanjat arnab betina untuk seketika dan kemudian arnab jantan akan menurunkan badannya seperti keadaan mengelunsur kebelakang atau terlentang.
Untuk memastikan kebernasan, proses mengawan yang pertama pada jam 8-10 pagi dan yang kedua boleh dilakukan 5-6 jam selepas proses mengawan yang pertama. iaitu pada waktu petang. Tempoh Bunting arnab 29 hingga 31 hari. Pada minggu keempat tempat beranak arnab bolehlah diletakkan supaya arnab tersebut dapat menyesuikan diri lebih awal.

Tempat beranak untuk ibu arnab pula, jika kamu rajin, kamu bolehlah buatkan kotak seperti gambar dibawah.


Kotak yang digunakan untuk arnab melahirkan anak...
Kalau tak pandai buat, gunakan raga yg kecil..kat kedai plastic ada jual..
Penjagaan Anak Arnab
Kita perlu lihat keadaan ibu arnab. Ada sesetengah ibu arnab yang pandai menjaga anak. Tidak kurang juga ibu arnab yang tak pandai menjaga anak dan hanya membiarkan anaknya mati begitu sahaja. Jika si ibu arnab pandai menjaga anaknya, apa yang perlu kamu buat, hanya memastikan ibu arnab berada dalam keadaan sihat dan mendapat makanan dan minuman yang cukup. Tetapi jika si ibu arnab tidak pandai menjaga anak, kamu perlu sama-sama menjaga anak arnab tersebut.


Anak arnab yang baru lahir...
Antara tips yang saya dapat dari rakan rakan , ada mengatakan kita perlu pegang si ibu arnab menyusukan anaknya dengan cara memegang keempat-empat kaki ibu arnab tersebut. Manakala tips yang lain pula, ada yang mencadangkan supaya anak arnab diberi minum air rebusan beras (air bubur) dengan picagari hingga 4 minggu.

Permainan
Seperti kucing, arnab juga adalah sejenis haiwan yang boleh dimanja. Jika arnab ini manja, ia akan mengeluarkan bunyi ‘purr‘ seperti kucing gak. (boleh refer Lazybunny). Sesekali, kamu boleh bermain dan manjakan arnab yang kamu perlihara di tempat yang luas...mememang dia seronok berlari sambil menjerit yahoooo...bebas..
Jika kamu bawa masuk arnab kamu kedalam rumah, pastikan arnab kamu tidak menggigit kabel eletrik atau kabel telefon. Ini kerana arnab memang terkenal dengan sifatnya yang suka menggigit dan mengunyah. Jauhkan juga arnab kamu dari pemangsa seperti kucing yang garang, dan sebagainya.

Wednesday 4 May 2011

Types of rabbits


Angora
Country: Ankara, Turkey.
4 jenis- English, French, Satin & Giant.
Baka tulin Giant Angora berwarna putih. Mata merah delima. Serba boleh. Berat  > 4 kg, dengan bulu yang lembut, halus, "Guard hairs" yang tegang dan lurus dengan fluff yang berketak dengan "guard tip" di celah-celah



Satin Angora
Salah satu baka yang paling cantik tetapi kurang popular diantara Baka Angora . Pengeluar bulu seperti sutera dan berkilat. Berat 2.5- 4 kg.



 




English Angora
Paling comel dan paling popular. Mempesonakan . badut di dalam kumpulannya. Muka dan telinga gebu dan ceria & ini membuat ia seperti "stuffed animals." Berbadan padat, "cobby" dan ini membuat ia serupa bola berbulu. Berbulu panjang & seperti sutera, mata merah pekat  delima, Lemah lembut, Terlalu bersifat ingin tahu dan pandai

French Angora
Besar sedikit,dengan badan yang panjang dan kecil jika dibandingkan dengan English angora. Pengelur bulu yang baik, tetapi kasar .Telinga mempunyai jambak  bulu.Berbagai warna termasuk putih padat dan bercorak. Berat 3.5 – 4.7 kg





 
Hollond Lop
(Popular di Malaysia)
Kacukan diantara Dwarf
French Lop x English Lop. Berbulu pendik,Berotot berat,Berat <1.8 kg
Kaki pendik, tebal, lurus dan tulang berat jika dibandingkan dengan saiznya. Baka yang terbaik



English Lop
Paling popular.
Badan "Mandolin type" .
Telinga sangat panjang dan " lop".Panjang minima 21"  dan lebar  1/4 dari panjangnya.Terlampau pandai berkawan.Berat > 4 kg


 
French Lop
Kacukan antara English Lop & Flemish Giants. Berbadan berat. Besar dan nampak tebal. Telinga berbentuk "hand horse-shoe"; dan panjang sehingga kira-kira 1-1 1/2" dibawah rahang bawah. Berat >4.5 kg




Red-eye White Cashmere Lop
Smoke Pearl Cashmere Lop
Black Cashmere Lop
American Fuzzy Lop











Juga dikenali sebagai Cashmere Lop (gambar atas). Kacukan antara  Holland Lop & Angora. 19 warna bulu - biru, "chestnut","chinchilla", "lynx", opal, squirrel, pointed white, blue-eyed white, coklat, ungu lembut, "ruby-eyed white", "sable point", "siamese sable", siamese smoke pearl, tortoise shell (hitam & biru), "fawn", hitam dan jingga. Berbadan pendik, berotot padat. Berwajah bulat seperti bola dan muka yang rata. Tiada tengkuk. Berbulu lebat , halus dan panjang 1-2". Telinga tergantung lurus ke bawah, sehingga 1/2-1" dibawah tulang rahang. Berat  1.5 – 2kg. 

Netherland Dwarf
Country: Netherlands.
Kacukan diantara Polish & arnab liar yang kecil.  Pelbagai warna dan corak. "Self", bayangan, "agouti", corak "tan", "fawn", "himalayan", jingga, "steel", "tortoiseshell". Bulu pendik dan padat. Telinga berbulu, tegang dan nampak pendik jika dibandingkan dengan kepala. Bulu warna hitam semulajadi. Berat < 1.2 kg. Suka mengigit; tidak sesuai untuk keluarga yang mempunyai anak-anak kecil.



New zealand White
Country : America. Warna putih, hitam & biru. Bulu berwarna merah keemasan terang lebih kasar jika dibandingkan dengan warna lain. Berbadan panjang dan berotot. Berat 4-5.5kg.






satin
satin
Country : Indiana, USA. Nama diperolehi  dari ciri-ciri bulunya yang sangat berkilat. Bulu seperti sutera , halus, lebat dan tebal. Berwarna putih kuning, hitam, biru, pecahan, "californian", "chinchilla", cokelat, tembaga, merah, siamese & putih. Berat 3.8 – 5 kg. 
Castor Rex

Mini Rex
Seal Point Rex










Country : France. Berwana hitam, biru, "broken group, californian", "castor, chinchilla", cokelat, himalayan, ungu lembut, "lynx", "opal", merah, "sable", "seal tortoise" & putih. Terlalu lebat, bulu lurus 5/8" . Lemah lembut dan semulajadinya baik. Haiwan kesayangan yang baik. Selalunya berat diantara 3.5-4.7kg. Berat "mini rex" 1.5-2 kg.

English spot
Pada asalnya ianya mirip kepada Checkered Giant. White rabbit yang mempunyai hidung rama-rama yang berwarna, tanda berantai, pipi bertompok, telinga berwarna & jaluran "herringbone" biru, "tortoiseshell" berwarna hitam, keemasan, ungu lembut, kelabu atau cokelat. Juga dipanggil "Lapin Papillon Angalias" di Perancis atau arnab rama-rama Inggeris kerana hidungnya berbentuk rama-rama . Berbadan panjang dan melengkung. Cepat membesar, dan pengeluaran daging selepas diproses tinggi pada peringkat yang muda. Berat 2-3.5 kg.

Jersey Wooly
Country : New Jersey. Arnab yang kecil yang mempunyai gene kerdil. Badan pendik, padat dan bulat. Berbulu panjang, lebat dan gebu. Panjang yang ideal  2-3". Berbagai warna. Berat < 1.5 kg






Hotot






























Country : Peranchis. Mata putih dengan cecincin hitam. Berbadan pendik, padat dan bulat. Badan sekata lebar dari bahu hingga ke pinggang. Kepala besar dengan tengkorak dan muncung yang lebar, Telinga pendik dan berbulus. Berat standard 3.5-5 kg ; berat yang kerdil < 1.3 kg. Gambar menunjukkan jenis kerdil Hotot







Vienna White
Country : Austria. Tegap. Berat 3.5-5.5 kg. 2 warna - Biru Vienna dengan warna gelap biru di bahagian atas, &  cerah di bahagian bawah cerahr & putih Vienna.







Beveren
Country : Beveren, Belgium. Pengeluar daging dan bulu. Salah satu arnab besar yang mengeluarkan bulu. Berwarna cerah biru "lavender", putih, berkilat, hitam dengan biru gelap sebagai latarbelakang, perang & ungu lembut. Ada juga jenis yang jarang didapati yang dipanggil  Pointed Beveren warna sama tapi warna puith dihujung bulu. Ciri yang ketara untuk bulu warna putih ialah mata birunya.  Badan jenis "Mandolin " .  Haiwan kesayangan yang paling sesuai untuk kanak-kanak kecil. Anggaran berat 3.5-5.5 kg.
 
Tan
Country : Derbyshire, England. Kacukan arnab liar Dutch. Ada bahagian badan yang berwarna keemasan perang dan bahagian lain berwarna hitam, biru, coklat atau ungu lembut. Berat 1.8-2.7 kg. Haiwan kesayangan yang baik.  
  




Silver Fox

Country : Ohio. Hitam berkilat dengan warna perak. Baka daging yang diminati. Peratus daging yang tinggi selepas diproses. Salah satu baka yang popular dengan bulunya. Luarbiasa panjang, lebat dan warna perak yang serata. Bulu lebih panjang jika dibandingkan dengan bulu baka arnab komersial yang biasa; bulu yang lebih halus. Berat 4 -5.5 kg. Lemah lembut. Baka yang mudah dipelihara. Ibu yang cemerlang. Boleh sesuaikan diri dengan semua cuaca.  

Siver Marten
Dikenali sebagai "Silver Fox" di England. (tidak sama dengan "Silver Fox" di America) Hitam, biru, cokelat, sabel dengan hujung warna perak dari perut hingga ke tepi dan punggung kecuali bahagian belakang. Berat 2.7-4 kg.  






American Chinchilla
Country : France. Baka yang mempunyai bulu yang terbaik . Lebat dan halus 1 1/4 " panjang . Licin dan berkilat. Bulu di bahagian bawah selalunya biru, bahagian tengah kelabu mutiara, menjurus ke warna putih dan hujung berwarna hitam. Bulu panjang dan hitam. Berbadan bulat. Juga dikenali sebagai "Heavyweight Chinchilla". Berat 4-5.5 kg.  Berat Chinchilla gergasi ialah 5.5-7 kg, manakala berat Chinchilla yang standard ialah 2-3.5 kg. Haiwan kesayangan yang baik.
 
Britannia Petite
Country : Britain. Baka yang paling biasa ialah berwarna putih dan bermata merah. Pembawaan yang buruk. Tidak sesuai dijadikan haiwan kesayangan. Mempunyai mata yang berwarna biru dan merah. Bulu yang pendik dan halus. "Fly back coat". Berat < 1.5 kg. Berwarna putih, hitam "otter", hitam, biru, cokelat, "chestnut agouti", "sable marten".Bulu yang licin berkilat dan seperti sutera. Di USA, dikenali sebagai "Britannia Petite".



Polomino
Country : Washington. Warna keemasan, "lynx" c.Berat 3.5-5 kg.









Lilac
Kacukan Havana . Mempunyai bidang badan yang kecil tetapi mempunyai daging yang banyak. Daging selepas proses masih tinggi. Mempunyai bulu yang lebat dan seperti sutera dan berwarna merah jambu "dove shade" di seluruh badan. Berat  2.5 – 3.5 kg.  




Magpie Harlequin

Japanese Harlequin
Country : France. Kepala berwarna hitam, Telinga, kaki dan badan berwarna biru, cokelat, ungu lembut. Badan berbelang dengan warna-warna ini dan berselang dengan warna jingga keemasan untuk Japanese dan putih bagi Magpie. Kepala terbahagi dua dengan setiap bahagian berselang warna dan warna telinga berlawan dengan warna kepala. Berat 3- 4kg.

Himalayan
Pembawaan yang jinak. Haiwan kesayangan yang terbaik. Berwarna cokelat, hitam, biru & ungu lembut di telinga, hidung, ekorl, & kaki. Mata berwarna merah batu delima. Bulu pendik putih dan licin berkilat. Badan panjang dan berbentuk silinder. Berat 1-2kg. 






Havana
  
Havana

Country : Holland. Warna bulu hitam, biru atau cokelat pekat. Bulu lembut, lebat & menarik dan tidah sederhana panjang. Mata merah delima. Badan bulat dan padat. Jenis pedaging. Haiwan kesayangan yang baik. Berat 2-3 kg.




Florida White
Country : Florida. Kacukan antara Dutch, Polish & New Zealand White. Warna putih tulin. Agak pendik, berbadan bulat. Berat 1.8-3.5 kg.





 
Flemish Giant
Country : Flanders. Berwarna hitam, "blue, fawn", kelabu cerah, kelabu "sandy", kelabu "dark steel", putih. Berbadan panjang. Rangka berat. Berat  5.8-6.5 kg & lebih


Ducth
Country : Holland. Arnab yang bergaya. Warna: hitam, biru, "torte" & coklat, kuning, kelabu "steel", kelabu perang & kelabu mutiara. Tanda putih yang jelas dan ketara; dada, kaki depan, "blaze" (warna putih di hidung dan  misai dan bersambung hingga ke tulang rahang) & tapak kaki berwarna putih. Boleh dijadikan haiwan kesayangan yang terbaik. Berat  1.5-2.5 kg. Walaupun bersaiz kecil tetapi banyak daging susuk badan padat. Kehilangan sikit daging selepas proses.

Cinnamon
Country : Montana. Kacukan antara New Zealand White-Chinchilla x Checkered Giant-Californian.  Warna "rust" atau "cinnamon" dengan warna kelabu asap di belakang dan kelabu di perut. Di bahagian bawah berwarna jingga. Tompok "rust" di bahagian dalam kaki belakang dan tanda seperti rama-rama di hidung dan keliling mata. Berat 3.8-5 kg.



American Checkered Giant
Country : Germany. Kacukan Flemish Giant . Berat >5 kg. Warna putih dan bertanda hitam dan biru  ( di sepanjang tulang belakang , tompokan di badan , pipi, telinga berwarnas, dan keliling mata dan tanda rama-rama di hidung). Tanda-tanda menyerupai English, kecuali tiada tanda "chain". Berbadan panjang dan berbentuk baik. Berat > 5 kg





California
Country : USA. Kacukan antara Himalayan, Standard Chinchilla & New Zealand White. Warna putih dengan hitam, cokelat, hidung, telinga, kaki dan ekor warna biru dan ungu lembut. Mata merah. Bulu pendik dan licin. Berbadan bulat. Tenang & lemah lembut. Haiwan kesayangan yang terbaik. Berat  3.5-4.7 kg. 


Silver
Negara asal: France. Berwarna kelabu, "fawn" & perang, bulu pendik, berkilat dengan "undercoat" biru perak. Berat 4-7 lbs. Gambar menunjukkan perak kehitaman - paling popular. Haiwan kesayangan yang baik   



Belgian
Country : Flanders, Belgium. Haiwan domestik yang mula-mula menjadi kegilaan . Berbadan panjang, "refined", berbentuk cantik. Kaki dan telinga panjang. Warna latarbelakang  merah pekat, " tan" atau  "deep chestnut" dengan biru  "slate" blue  dan border hitam.






Argente de Creme
Country : France. Terkecil dari baka Argente.
Deskripsi terbaik ialah "Orange Silver". Mirip de Champagne. Warna dibawah ialah terang, jingga . Bahagan atas krim putih dan berbulu panjang berwarna jingga. Berat 3.5-5 kg.






Argente de Champagne
Country : France. Warna perak - warna bahagian bawah biru gelap & bahagian atas biru keputihan dengan hitam. Hitam pekat semasa dilahirkan; bulu puith akan keluar semasa umur  kira-kira 4 bulan. Berbadan gempal. Berat kira-kira 4-5.5 kg.



American
Berwarna biru dan putih. Berbadan "mandolin-typed" melengkung sedikit dan meruncing di bahagian bahu.  Berat 4-5.5 kg.






Alaska
Country : Germany. Kacukan Argente & Himalayan. Berat 6-8 1/2 lbs. Gemuk pendik. Tengkuk tak berapa nampak. Bulu hitam dan berkilat, & "matt" di perut. Mata perang gelap & kuku kaki yang gelap.